Bagi link kamu...nanti saya datang..promise! =)

Kisah Kahwin Kami

Daisypath Anniversary tickers

cite bertunang pulak

Daisypath Anniversary tickers

chenta2 story

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 15, 2011

urusan pernikahan b2b Johor

semangat tak?update blog je keje..sebab majlis nak dekat dah kan..selalu tengik 1 month...bape week...bape ari...tapi tadi buat tickers countdown,die tulis 43 hari???erk...da nak dekatnye...takpe2..everything macam ok je..

berbalik pada urusan nikha..sebenarnye siang tadi dah settle sume urusan nikah..tunggu nak nikah je..ceh!ok,untuk yang akan bernikah di Johor dengan bakal suami yang berada di luar johor..ataupun bakal isteri luar Johor..pun sama jugak..Layanzzz....

First step
  • datang ke mana-mana pejabat kadi di bawah daerah anda..macam say,kena pegi pejabat kadi kulaijaya
  • jumpa dengan pegawai dalam pejabat kadi dan beritahu yang kita nak mintak BORANG PERMOHONAN PERNIKAHAN..huruf besar sebab borang ade banyak..haha
  • pegawai akan beri borang dan kite kene bayar rm5..haha..
  • jika berwalikan wakil,siap2 mintak borang wakalah wali ye...

ok..balik rumah...isi borang...ape yang perlu ade semasa isi borang:-

  • pen..haha...main2 je..
  • salinan kad pengenalan pemohon..(kite la tu)
  • salinan kad pengenalan wali
  • dokumen asal dan salinan kursus perkahwinan
  • salinan kad pengenalan saksi borang ( lelaki selain ahli keluarga,bukan saksi yang hadir semasa majlis pernikahan )
  • dokumen asal dan salinan surat akuan bujang ( letterhead tempat keje..pastikan majikan beragama Islam..jika tidak,minta ketua kampung atau penghulu buat surat dengan letterhead kampung anda )
  • pengesahan ujian HIV
  • salinan sijil nikah jika anda anak sulung..
Setelah selesai mengisi borang dan meyediakan segala dokumen,sila minta dokumen kebenaran berkahwin luar kawasan daripada bakal suami/isteri anda..pastikan kesemuanya lengkap.

Bawa kesemua perkara di atas termasuk dokumen daripada pihak bakal suami/isteri yang berasal dari negeri lain tadi tu ye..hantar ke pejabat kadi..ok,sampai pejabat kadi,anda akan berjumpa dengan pegawai yang akan menyemak semua dokumen..setelah selesai dan lengkap,anda akan dipanggil ke sebuah bilik untuk sesi interview..antara perkara yang ditanya ialah :-
  • mengucap dua kalimah syahadah
  • surah Al-Fatihah
  • bacaan Doa Qunut
  • soalan mengenai munakahat
  • soalan mengenai taharah
  • soalan berkenaan tanggungjawab suami isteri
ok,itu sahaja...selesai interview dan lulus,anda akan diberikan sijil nikah yang kosong,2 buah buku, borang untuk permohonan kad nikah pintar dan borang permohonan sijil nikah sebenar. Kesemua dokumen perlu dihantar/diberikan sendiri kepada kadi yang akan menikahkan anda.

anda diberi tempoh 2 bulan selepas nikah untuk menghantar borang permohonan sijil nikah sebenar dan borang permohonan kad nikah pintar..InsyaAllah selesai...

Semoga b2b dari Johor mendapat sedikit maklumat ye! =)

5 comments:

  1. kenapa saya tkde dpt buku pon yer??
    cos my sister yg tlg p amik

    ReplyDelete
  2. jooleata~Alhamdulillah..

    anonymous~emm..bole ke sister pg amek?actually dpt buku ni sume mase lepas interview..so,tuan bdn yg nak kawen should be there n amek sume ni..sy rase la..not sure la..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.

    borang wakalah wali tu untuk apa ye?

    ReplyDelete
  4. miss syahira~Waalaikumsalam...wakalah wali tu if ayah or sape2 wali takde di tmpt nikah..mean mmg nak suh kadi yg jd wali..

    ReplyDelete